PROJEK pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke lokasi strategik di Kalimantan terus menjadi perbualan hangat di negara seberang.
Terbaru, Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi memuat naik video ilustrasi berdurasi 2 minit yang menunjukkan antara ilham awal bagi perancangan bandar dan reka bentuk bangunan di lokasi baharu, dipercayai di Penajam Paser Utara itu.
“Tahun lalu, Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) telah mengundang beberapa arkitek dan seniman untuk memberikan input dan gagasan mengenai bangunan ikonik di ibu kota negara yang baru.
“Salah satunya adalah pra-reka bentuk Istana Negara karya seniman ternama Nyoman Nuarta ini. Cadangan beliau sarat dengan falsafah lambang burung garuda sebagai pemersatu bangsa sesuai semboyan Bhinneka Tunggal Ika (moto kebangsaan Indonesia),” ujar Jokowi dalam kapsyennya.
Jelas Jokowi, ilustrasi itu masih dalam tahap pra-reka bentuk sekali gus terus mengajak komentar dan input dari seluruh rakyatnya.
“Saya menginginkan Istana Negara tidak hanya dikenang sebagai tempat Presiden bekerja atau menjadi simbol kebanggaan bangsa, tapi juga mencerminkan kemajuan bangsa,” katanya.
Begitupun, video yang dimuat naik hingga menarik lebih 2.5 juta komen itu menerima pelbagai maklum balas daripada rakyat republik itu.
Ramai yang menyampaikan rasa kagum dengan inisiatif berkenaan termasuk membandingkannya dengan kota kosmopolitan Singapura dan juga pusat pentadbiran Malaysia iaitu Putrajaya.
“Rasa ingin segera berpindah dari Jakarta, ke Kalimantan. Tak sabar,” komen seorang pengikut Instagram Jokowi.
“Ini sudah hebat. Tinggal direalisasi sahaja. Semoga pembangunan cepat selesai,” komen Eko Prasetyo, yang turut teruja.
“Bangsa yang kaya warisan budaya dan alam tropika. Teknologi atau modenisasi adalah seiring tanggungjawab menyelaraskan semuanya sehingga ia menjadi unik. Ini (kota) ikonik masa depan. Indonesia masa depan,” ujar seorang lagi pengikut Jokowi di akaun media sosial itu.
Selain daripada pujian tentang impian memiliki kota pentadbiran yang futuristik dan megah, ada juga yang menzahirkan kebimbangan tentang beberapa aspek seperti kemampuan memacu pembangunan, isu tanggungan hutang negara, kebajikan rakyat pinggiran dan juga ancaman amalan rasuah.
Namun, antara isu yang paling banyak diutarakan adalah daripada rakyat yang sangat mencintai khazanah hutan dan hidupan liar. Rata-ratanya mengharapkan projek mega itu tidak meminggirkan kepentingan kelestarian alam sekitar.
“Jika sudah memang keputusan untuk berpindah, terserah mahu dibuat reka bentuk yang bagaimana pun, Pak. Yang penting jangan hilangkan fungsi hutan sebagai paru-paru dunia, terutama di daerah Kalimantan,” komen seorang pengguna, Bachtiar Rachman Saputro.
“Bagaimana pula dengan kekayaan hutan yang terpaksa diteroka dan hidupan liar yang menjadi korban sepanjang pembangunan ibu kota baru ini,” tanya seorang lagi.
Astro Awani
Sat Apr 03 2021
Cadangan reka bentuk ibu negara baharu Indonesia termasuk Istana Negara menjadi perdebatan ramai pihak dari pelbagai aspek. - Instagram @jokowi
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Malaysia dukacita tragedi timpa Presiden Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa hiba dan sedih di atas khabar Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Pengurusan jenazah suspek serangan balai polis tidak boleh dilakukan di masjid, surau
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor putuskan pengurusan jenazah suspek insiden serangan balai polis Ulu Tiram dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
Garis panduan penapisan filem baharu diperkenal
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan pada Isnin bagi memastikan penggiat seni menghasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif melibatkan masyarakat negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Mega dan megah... Jokowi kongsi cadangan reka bentuk ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan
Perkongsian video itu menerima jutaan komen daripada pengikut Instagram Jokowi, yang mengetengahkan pelbagai maklum balas.
Pemindahan ibu negara Indonesia mungkin buka lebih banyak penerbangan terus ke Sarawak
Kerajaan negeri berharap perkembagan terbaharu membolehkan Sarawak mewujudkan dasar langit terbuka yang telah lama diharapkannya.